TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time: 06/04/2025 10:08:02 AM

Berita Jenayah

Pengasuh menangis didakwa bunuh anak asuhan berusia 3 tahun

By
|
Kongsi
image

 

 

KUANTAN 12 Mac – Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di sebuah rumah di Perumahan Bukit Rangin, bulan lalu.

Tertuduh, Nur Nabilah Sekh Ruslan, 32, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang kelihatan tenang dan tunduk semasa pertuduhan dibacakan, tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak apabila dibawa keluar dari mahkamah sambil menyebut kalimah Allahuakbar dan berkata ‘Allah ada’.

Menurut kertas pertuduhan, Nur Nabilah didakwa menyebabkan kematian anak asuhannya itu antara pukul 6 petang hingga 8 malam, pada 17 Februari lalu.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Abdul Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana kesalahan yang dihadapi tertuduh tidak boleh dijamin, dan menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes serta penyerahan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis telah menahan enam individu, termasuk pasangan suami isteri, berhubung kematian kanak-kanak tersebut pada 26 Februari lalu.

Laporan menyatakan, pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan yang tidak sedarkan diri pada 19 Februari lalu sebelum mangsa disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Pemeriksaan fizikal terhadap badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kedua-dua belah tangan dan kaki.

+ - reset