TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

GAPEIM salur bantuan asas kepada 50 individu sempena Ramadan, Hari Raya

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Mac - Gabungan Persatuan India Muslim Pulau Pinang (GAPEIM) menyampaikan bantuan bernilai 50 individu daripada golongan memerlukan dalam Majlis Iftar Ramadhan di Balai Rakyat Jalan Patani, Pulau Pinang, Isnin lalu. 

Bantuan berkenaan melibatkan sumbangan barangan asas harian dan persiapan untuk sambutan Hari Raya kepada 50 orang penerima yang terpilih berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Teh Lai Heng, ADUN Komtar, bersama Presiden GAPEIM, Hamid Sultan Jabbar, serta barisan pimpinan persatuan.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik, khususnya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Selain sumbangan barangan asas, Zakat Pulau Pinang juga turut menyalurkan bantuan untuk persiapan Hari Raya kepada penerima yang sama.

Bantuan tersebut termasuk keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan barang keperluan lain yang amat diperlukan oleh penerima.

Lebih bermakna lagi, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, turut hadir dan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada tiga organisasi amal, iaitu Madrasah Darul Tahfiz Assadah, Madrasah Tahfiz Al-Quran Fathur Rahman, dan Persatuan Sahabat Kanser Kanak-Kanak Wilayah Utara (FOCCAN).

Sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti pendidikan, keagamaan, dan bantuan kepada kanak-kanak pesakit kanser.

“Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan GAPEIM untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik, terutamanya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Kami berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit keceriaan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan,” kata Presiden GAPIEM.

Bantuan ini turut mendapat pujian daripada Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir Rajendran, yang turut menyertai majlis tersebut. 

Beliau mengakui pentingnya kerjasama antara persatuan, NGO, dan agensi-agensi berkaitan dalam membantu golongan yang memerlukan, serta memberikan sokongan kepada usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memakmurkan negeri itu.

Majlis Iftar yang penuh makna ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, tetapi juga memperlihatkan semangat kekitaan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutama sekali di bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini.

+ - reset