Berita Berita
Tular video pimpin tangan dua anak, ibu Zayn Rayyan buat laporan polis risau keselamatan terancam

KUALA LUMPUR 12 Mac - Polis mengesahkan telah merakam keterangan ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin, yang menjadi mangsa bunuh, berhubung video terkini yang tular di media sosial.
Video tersebut menunjukkan Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Zayn Rayyan, berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anaknya, termasuk Zayn Rayyan, di kawasan parkir motosikal Blok R Apartment Idaman Damansara Damai, dekat Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata rakaman keterangan pengadu telah dijalankan oleh pihaknya kelmarin.
“Namun, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh tidak akan menjalankan siasatan lanjut kerana kejadian tersebut berlaku di bawah kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya. Oleh itu, laporan ini dirujuk semula kepada IPD Petaling Jaya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Semalam, media melaporkan Balai Polis Kampung Baru Subang menerima laporan daripada Ismanira mengenai video tersebut pada jam 2.43 petang Ahad lalu.
Ismanira memaklumkan bahawa beliau telah menerima pautan video TikTok melalui aplikasi WhatsApp yang berdurasi sekitar seminit pada 6 Mac lalu.
Dalam video itu, kelihatan Ismanira berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anaknya, Zayn Rayyan dan Mateen, menuju kawasan parkir motosikal Blok R Apartment tersebut.
Pengadu berpendapat bahawa video itu dirakam oleh individu yang tidak dikenali dari kawasan blok apartmen yang berhadapan dengan Blok R, dan rakaman dibuat dari ketinggian, kemungkinan besar oleh penghuni di salah satu tingkat atas blok berkenaan.
Mohd Hafiz berkata, Ismanira membuat laporan polis kerana merasakan keselamatan dirinya dan keluarganya terancam.
Berita berkaitan
March 12, 2025, 9:02 pm
Harga RON97 turun 10 sen, diesel di Semenanjung turun 7 sen
March 12, 2025, 4:22 pm
Malaysia tak berhasrat ikut langkah AS hantar PATI pulang ke negara asal
March 12, 2025, 3:48 pm
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India - MetMalaysia
March 12, 2025, 3:34 pm
Manfaat tanah lapang, Mat Sabu tanam bawang di kediaman rasmi menteri
March 12, 2025, 2:32 pm
Pelabur asing kini boleh tinggal di Malaysia sehingga 6 bulan - Saifuddin
March 12, 2025, 2:17 pm
Anwar minta semua henti isu perkauman, pastikan negara terus stabil
March 12, 2025, 1:21 pm
GAPEIM salur bantuan asas kepada 50 individu sempena Ramadan, Hari Raya
March 12, 2025, 12:11 pm