Berita Berita
'Tak munasabah tuduh SPRM yang letak RM170 juta dalam 'safe house' - Azam Baki

KOTA KINABALU 12 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan beliau.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi untuk dirakam percakapan.
Azam juga mengesahkan bahawa sijil cuti sakit Ismail Sabri akan tamat hari ini.
"Beliau akan hadir untuk memberi keterangan berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan, dan saksi-saksi tambahan akan dipanggil secara berperingkat dalam tempoh terdekat," katanya dalam laporan Bernama pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), semalam.
Sumber SPRM menyatakan bahawa suruhanjaya itu telah merekodkan keterangan daripada 36 saksi setakat ini, dan 23 saksi baru dikenalpasti yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
Ismail Sabri sebelum ini dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas rebah di rumahnya pada 21 Februari lalu.
Pada 3 Mac, Azam mengesahkan bahawa Ismail Sabri adalah suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram, yang berkaitan dengan penemuan wang tunai sekitar RM170 juta di sebuah 'safe house' yang diserbu oleh pihak SPRM.
Selain itu, SPRM juga telah menyita 13 akaun untuk membantu siasatan.
Azam menegaskan bahawa siasatan dijalankan dengan profesional dan menafikan dakwaan bahawa SPRM meletakkan wang sebanyak RM170 juta di dalam 'safe house' itu.
Berita berkaitan
March 12, 2025, 4:22 pm
Malaysia tak berhasrat ikut langkah AS hantar PATI pulang ke negara asal
March 12, 2025, 3:48 pm
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India - MetMalaysia
March 12, 2025, 3:34 pm
Manfaat tanah lapang, Mat Sabu tanam bawang di kediaman rasmi menteri
March 12, 2025, 2:32 pm
Pelabur asing kini boleh tinggal di Malaysia sehingga 6 bulan - Saifuddin
March 12, 2025, 2:17 pm
Anwar minta semua henti isu perkauman, pastikan negara terus stabil
March 12, 2025, 1:21 pm
GAPEIM salur bantuan asas kepada 50 individu sempena Ramadan, Hari Raya
March 12, 2025, 12:11 pm
Polis buru dua lelaki terlibat insiden pergaduhan di Johor Bahru
March 12, 2025, 12:03 pm
Tular video pimpin tangan dua anak, ibu Zayn Rayyan buat laporan polis risau keselamatan terancam
March 12, 2025, 11:24 am