TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Astro Audio sambut baik keputusan SKMM, komited baiki kepercayaan pendengar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 Mac - Astro Audio mengalu-alukan keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang tidak menggantung lesen penyiaran radio Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra), yang merangkumi stesen radio ERA, MIX FM, dan MELODY FM.

Astro Audio turut mengambil maklum mengenai kompaun sebanyak RM250,000 yang dikenakan terhadap Maestra hari ini dan berhasrat untuk berhubung terus dengan SKMM bagi menangani perkara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith, menyatakan, "Kami di Astro Audio sangat berbangga dengan perkhidmatan yang disediakan, yang digemari oleh individu dan keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Kami kekal komited dalam mengangkat tema kepelbagaian dan perpaduan dalam setiap perkara yang dilakukan."

Beliau juga mengakui kebimbangan yang tercetus akibat kekhilafan yang berlaku di stesen radio ERA, yang telah menimbulkan ketidaksefahaman dalam kalangan sebahagian masyarakat. "Fokus kami kini adalah untuk membina semula kepercayaan yang telah dipupuk sekian lama oleh ERA bersama para pendengarnya," tambah Euan.

Dalam masa yang sama, Astro Audio memberi sokongan penuh kepada semua individu yang terlibat dan beriltizam untuk belajar serta menambah baik kandungan yang disiarkan. Astro berjanji akan memastikan setiap program yang disampaikan mencerminkan nilai-nilai saling menghormati dan inklusif. - Media Telus

+ - reset