Berita Berita
Anggota polis mengaku tak salah atas tuduhan buat isyarat lucah

KUALA LUMPUR 11 Mac - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Selasa atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang jurugambar wanita dengan membuat isyarat lucah pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Faris Ariffin Tait, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 26 tahun di hadapan sebuah bangunan di Off Jalan Tun Razak pada jam 3.58 petang, 13 Disember 2024.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Vivi’ Asnita Zaina’ Larifin, mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, peguam tertuduh, Tripatjit Singh, memohon jumlah jaminan yang lebih rendah, dengan alasan anak guamnya adalah anggota polis, tidak berisiko melarikan diri, dan menanggung ibu bapa, isteri yang tidak bekerja, serta seorang anak.
Majistret M S Arunjothy membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mei 2025 sebagai tarikh sebutan kes. - Media Te
Berita berkaitan
March 12, 2025, 4:22 pm
Malaysia tak berhasrat ikut langkah AS hantar PATI pulang ke negara asal
March 12, 2025, 3:48 pm
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India - MetMalaysia
March 12, 2025, 3:34 pm
Manfaat tanah lapang, Mat Sabu tanam bawang di kediaman rasmi menteri
March 12, 2025, 2:32 pm
Pelabur asing kini boleh tinggal di Malaysia sehingga 6 bulan - Saifuddin
March 12, 2025, 2:17 pm
Anwar minta semua henti isu perkauman, pastikan negara terus stabil
March 12, 2025, 1:21 pm
GAPEIM salur bantuan asas kepada 50 individu sempena Ramadan, Hari Raya
March 12, 2025, 12:11 pm
Polis buru dua lelaki terlibat insiden pergaduhan di Johor Bahru
March 12, 2025, 12:03 pm
Tular video pimpin tangan dua anak, ibu Zayn Rayyan buat laporan polis risau keselamatan terancam
March 12, 2025, 11:24 am