TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Era FM dikompaun RM250,000, tiada penggantungan lesen – MCMC

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 Mac - Era FM tidak dikenakan penggantungan lesen berikutan kontroversi yang tercetus melibatkan tiga penyampai stesen radio itu baru-baru ini.

Namun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa Era FM dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 atas kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik kandungan berunsur jelik melampau.

Menurut MCMC, keputusan itu dibuat selepas meneliti rayuan daripada Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM, terhadap notis niat penggantungan lesen yang dikeluarkan pada 7 Mac 2025.

"Setelah meneliti hujah-hujah rayuan tersebut, keputusan dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd.

"Dalam mempertimbangkan keputusan ini, MCMC turut mengambil kira tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak pemegang lesen, permohonan maaf yang telah dibuat, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini. - Media Telus

+ - reset