Berita Berita
Mayat lelaki ditemui terapung di lombong Serendah

HULU SELANGOR 11 Mac - Penduduk di sekitar Serendah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di sebuah lombong berhampiran sebuah klinik kesihatan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 9 pagi.
"Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki, namun identiti, umur, dan bangsanya masih belum dapat dipastikan. Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di permukaan air dan hanya memakai seluar dalam," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan bahawa pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan luaran atau tanda-tanda pergaduhan.
"Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah lemas kira-kira empat hingga lima hari sebelum ditemui," tambahnya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (Sudden Death Report, SDR). Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Hazwan Ismail di talian 03-60811222 atau 013-2908206, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
March 12, 2025, 9:28 am
'Tak munasabah tuduh SPRM yang letak RM170 juta dalam 'safe house' - Azam Baki
March 11, 2025, 4:14 pm
Astro Audio sambut baik keputusan SKMM, komited baiki kepercayaan pendengar
March 11, 2025, 4:03 pm
Anggota polis mengaku tak salah atas tuduhan buat isyarat lucah
March 11, 2025, 3:58 pm
Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' meningkat RM7.1 billion
March 11, 2025, 3:50 pm
26 rakyat Malaysia mangsa pemerdagangan orang dijangka tiba di tanah air esok
March 11, 2025, 3:41 pm
Kerajaan perkukuh program jualan murah, tangani kos sara hidup
March 11, 2025, 3:22 pm
Lelaki ditahan selepas ibu tiga anak meninggal dunia akibat kebakaran di Batu Pahat
March 11, 2025, 3:14 pm
Pendapatan ahli Parlimen boleh cecah RM30,000 – Exco Pemuda Amanah
March 11, 2025, 3:06 pm
MBS tanggalkan pintu PPR Lobak susulan tunggakan sewa sehingga RM34,000
March 11, 2025, 3:01 pm