Berita Berita
Mohd Na'im sokong usaha hentikan perdebatan berkaitan agama

PUTRAJAYA 11 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyatakan sokongan terhadap usaha menghentikan perdebatan yang memfokuskan perbezaan agama, kerana ia berpotensi mencetus ketegangan serta merosakkan hubungan antara masyarakat berbilang agama di negara ini.
Beliau menyatakan persetujuan dengan kenyataan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, yang menegaskan kementerian tersebut berusaha mengekalkan perpaduan dan mencegah perpecahan dalam kalangan masyarakat.
"Saya juga pernah diajak untuk berdebat mengenai agama, namun saya menolaknya," kata Dr Mohd Na'im kepada pemberita selepas Program ERAT Ramadan dan QuranHours di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
Program tersebut dianjurkan oleh Suruhanjaya Integriti dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sebelum itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, membatalkan niat untuk mengadakan debat berkaitan agama dengan pendakwah bebas, Zamri Vinoth, setelah mempertimbangkan nasihat daripada Menteri Perpaduan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, dan bertujuan untuk memastikan keharmonian serta perpaduan negara terus terpelihara. - Media Telus
Berita berkaitan
March 12, 2025, 9:28 am
'Tak munasabah tuduh SPRM yang letak RM170 juta dalam 'safe house' - Azam Baki
March 11, 2025, 4:14 pm
Astro Audio sambut baik keputusan SKMM, komited baiki kepercayaan pendengar
March 11, 2025, 4:03 pm
Anggota polis mengaku tak salah atas tuduhan buat isyarat lucah
March 11, 2025, 3:58 pm
Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' meningkat RM7.1 billion
March 11, 2025, 3:50 pm
26 rakyat Malaysia mangsa pemerdagangan orang dijangka tiba di tanah air esok
March 11, 2025, 3:41 pm
Kerajaan perkukuh program jualan murah, tangani kos sara hidup
March 11, 2025, 3:22 pm
Lelaki ditahan selepas ibu tiga anak meninggal dunia akibat kebakaran di Batu Pahat
March 11, 2025, 3:14 pm
Pendapatan ahli Parlimen boleh cecah RM30,000 – Exco Pemuda Amanah
March 11, 2025, 3:06 pm
MBS tanggalkan pintu PPR Lobak susulan tunggakan sewa sehingga RM34,000
March 11, 2025, 3:01 pm