Berita Berita
'Kalau boleh pergi bercuti, takkan tak boleh bayar hutang?' - Dr Akmal setuju sekat perjalanan luar negara peminjam PTPTN culas

KANGAR 11 Mac - Pemuda UMNO menyokong sekiranya kerajaan melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas membayar balik pinjaman.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menegaskan sebagai peminjam, mereka perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.
"Kita ada tanggungjawab kepada generasi akan datang. Kalau mereka (yang culas bayar balik pinjaman) boleh pergi bercuti ke luar negara, takkan tak boleh bayar hutang, ini prinsip asas apabila berhutang," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Program Santai Moreh bersama Pemuda UMNO Perlis di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud di Dewan Negara semalam.
Mustapha berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman.
Beliau berkata, kaedah itu antara langkah yang sedang dipertimbangkan kerajaan bagi memperkasakan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN.
"Memang benar sekatan perjalanan yang dilakukan sebelum ini telah memberikan impak yang agak baik dalam proses pembayaran balik, cuma selepas itu dimansuhkan.
"Kita sedang mempertimbangkan sama ada kaedah ini adalah kaedah terbaik (kerana) ada juga cadangan kaedah lain untuk pembayaran balik.
"Ini semua namun masih dalam pertimbangan. Kita belum putuskan sama ada guna semula pendekatan ini atau tidak," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan seorang Ahli Dewan Negara sama ada kerajaan akan mengenakan semula sekatan tersebut memandangkan keberkesanan kaedah itu sebelum ini.
Menjawab soalan sama ada kerajaan bercadang menghapuskan terus pinjaman PTPTN, Mustapha berkata, langkah itu tidak adil kepada seramai 1,044,595 peminjam yang telah selesai membayar balik pinjaman mereka.
Bagaimanapun, katanya, bagi golongan B40, Kerajaan MADANI membuka ruang sebaik mungkin, untuk mereka datang berbincang ke pejabat PTPTN bagi penstrukturan semula pembayaran.
"Ini memang soalan cepu emas. Memang banyak manifesto parti-parti politik hapus sana sana, hapus sini, tetapi kita sedia maklum kita kena praktikal juga kerana dana digunakan untuk membiayai PTPTN cukup besar.
"Telah membayar 86.45 peratus walau ada tunggakan. Jadi persoalannya, adakah adil melepaskan mereka ini, tetapi yang dah bayar bagaimana? Jadi kita kena fikirkan keadilan untuk semua," katanya.
Terdahulu, beliau memaklumkan, sehingga 31 Disember 2024, seramai 4,108,625 telah diluluskan pinjaman PTPTN dan daripada jumlah tersebut seramai 2,831,742 peminjam patut telah membuat bayaran balik pinjaman.
Jelas beliau, seramai 1,044,595 peminjam telah selesai membayar balik pinjaman mereka, manakala 585,638 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan tiada tunggakan bayaran.
"Seramai 817,872 peminjam membuat bayaran balik secara tidak konsisten dan mempunyai tunggakan bayaran balik dan 383,637 peminjam tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman mereka.
"Secara keseluruhan, seramai 86.45 peratus peminjam telah pun mula membayar balik pinjaman mereka walaupun dengan tunggakan dan hanya 13.55 peratus peminjam belum pernah membayar balik pinjaman," katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2025, 9:28 am
'Tak munasabah tuduh SPRM yang letak RM170 juta dalam 'safe house' - Azam Baki
March 11, 2025, 4:14 pm
Astro Audio sambut baik keputusan SKMM, komited baiki kepercayaan pendengar
March 11, 2025, 4:03 pm
Anggota polis mengaku tak salah atas tuduhan buat isyarat lucah
March 11, 2025, 3:58 pm
Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' meningkat RM7.1 billion
March 11, 2025, 3:50 pm
26 rakyat Malaysia mangsa pemerdagangan orang dijangka tiba di tanah air esok
March 11, 2025, 3:41 pm
Kerajaan perkukuh program jualan murah, tangani kos sara hidup
March 11, 2025, 3:22 pm
Lelaki ditahan selepas ibu tiga anak meninggal dunia akibat kebakaran di Batu Pahat
March 11, 2025, 3:14 pm
Pendapatan ahli Parlimen boleh cecah RM30,000 – Exco Pemuda Amanah
March 11, 2025, 3:06 pm
MBS tanggalkan pintu PPR Lobak susulan tunggakan sewa sehingga RM34,000
March 11, 2025, 3:01 pm