TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Stoking kalimah ALLAH, Shuib sedia lepas jawatan Duta KK Mart

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Mac - Pelawak, Shuib mengakui cukup terkesan dengan isu stoking tertera kalimah ALLAH yang dijual di KK Mart apatah lagi dia merupakan Duta kepada jenama kedai serbaneka itu.

Malah, Shuib juga berkata dia sedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang duta KK Mart jika perlu.

"Saya seorang yang percaya pada rezeki. Kalaua da rezeki, adalah. Kalau tiada rezeki, tak mengapalah.

"Tetapi apa pun pendirian saya tetap dengan pendirian sebagai seorang Islam bahawa apa yang berlaku sangat keji.

"Sebagai umat Islam, memang saya terkesan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku dala perniagaan atau apa juga situasi," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Shuib berkata, dia juga tidak boleh mengulas panjang berkenaan perkara itu kerana siasatan masih lagi dijalankan.

Malah, menurutnya, apa sahaja pandangan yang dilemparkan berkenaan isu tersebut adalah sebagai seorang Islam.

Untuk rekod, sebelum ini tular di media sosial berkaitan stoking yang tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart sehingga mendapat respon negatif umat Islam dalam negara.

Berikutan itu, beberapa siri penjelasan dan permohonan maaf telah dilakukan pihak syarikat terlibat namun siasatan daripada pihak berkuasa masih lagi berjalan. — Media Telus

+ - reset