TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Faisal Halim stabil lepas jalani pembedahan kedua

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Mei - Keadaan pemain Selangor FC Faisal Halim yang cedera akibat disimbah asid Ahad lalu semakin stabil selepas menjalani pembedahan kedua di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Shahril Mokhtar, berkata pembedahan kedua Faisal bagi memulihkan kecederaannya berjalan selama tiga jam.

Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini,” katanya.

Terdahulu, pemain Harimau Malaya yang juga penjaring gol tercantik Piala Asia itu dilaporkan disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Faisal mengalami kelecuran tahap empat di beberapa bahagian badan seperti muka, leher dan tangan.

Semalam, Faisal dilaporkan kritikal selepas menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital swasta.

Akibat kecederaan dialaminya, tangan kiri pemain sayap itu sukar bergerak, sekali gus menimbulkan persoalan tentang masa depan kerjayanya. - Harian Metro

#FAISALHALIM #SELANGORFC #SIMBAHASID #BOLASEPAK

+ - reset