Berita Sukan
JDT tingkat kawalan keselamatan pemain
KUALA LUMPUR 8 Mei - JUARA 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyuarakan kebimbangan berkenaan insiden yang berlaku terhadap pemain Harimau Selatan, Safiq Rahim pada Selasa.
Malah Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat segera insiden yang berlaku di Pusat Latihan JDT berkenaan.
"Insiden ini bersama kejadian menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mempunyai tempat dalam dunia arena bola sepak.
"Dengan perkembangan terbaharu ini, JDT juga meningkatkan tahap keselamatan terhadap pemain-pemain kami sebagai langkah berwaspada.
"Kami juga menasihati pemain-pemain JDT agar lebih berwaspada dengan persekitaran dan hantaran di media sosial masing-masing setiap masa," katanya.
Sebelum itu, kenderaan bekas pemain Harimau Malaya itu telah diserang dua lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru selepas selesai mengambil barang di pusat berkenaan.
Insiden malang itu dikongsikan sendiri Safiq Rahim yang memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya berkenaan kejadian berkenaan.
Safiq mengakuit terkejut apabila turut menjadi mangsa serangan dan pemain yang memulakan karier senior bersama Selangor juga menitipkan pesanan kepada pemain-pemain bola sepak lain untuk sentiasa berhati-hati.
Tak sangka saya pula diserang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga," tulis Safiq dalam kejadian yang mengakibatkan cermin kereta belakang miliknya pecah. - Sinar Harian
#JDT #BOLASEPAK #KESELAMATAN
Berita berkaitan
July 4, 2024, 11:48 am
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
July 1, 2024, 12:02 pm
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am