TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Gara-gara 'Type C', Darsa Fried Chicken teruk dikecam

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 Mei - Sebuah restoran makanan segera, Darsa Fried Chicken menerima kritikan pengguna media sosial susulan penggunaan perkataan 'type C' dalam sebuah komen maklum balas terhadap pelanggan baru-baru ini.

'Type C' digunakan ketika menjawab komen seorang pengguna Facebook yang berharap restoran yang baharu beroperasi di Bukit Beruntung itu menyemak semula kadar harga hidangan yang didakwa lebih mahal berbanding sebuah restoran makanan segera sedia ada di pasaran.

Darsa Fried Chicken Official menerusi jawapan balas terhadap komen itu meminta senarai harga itu dirujuk mengikut kategori hidangan 'carte' atau keseluruhan selain mendakwa 'type C' cuba bermain sentimen buruk terhadap operasi syarikat bumiputera tersebut.

Jawapan balas tersebut tidak disenangi pengguna media sosial termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat yang meminta penjelasan maksud perkataan 'type C' yang digunakan.

"Baru fikir nak cari masa untuk pergi cuba kedai ayam goreng lokal kerana lokasi berhampiran Rawang dan semangat nak sokong produk tempatan.

"Tetapi.. sekarang muncul pula soal 'type C'. Apa maksud type C?, " soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Darsa Fried Chicken Official telah membuat permohonan maaf berkenaan isu berkenaan yang dianggap sebagai perkara tidak disengajakan.

"Mungkin terlepas pandang disebabkan terlalu banyak komen-komen dari netizen yang sedikit sebanyak mengganggu fokus pengendali akaun Facebook kami.

Menerusi hantaran sama, Darsa Fried Chicken menjelaskan, pihaknya mengalu-alukan semua pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa ke restoran berkenaan.

"Pihak pengurusan sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baharu dibuka pada 29 April lalu.

"Doakan cawangan kedua akan menyusul, " ujar penjelasan Darsa Fried Chicken yang hantaran tersebut didapati telah dipadamkan susulan tidak lagi dapat diakses ketika ini. - Media Telus

#TYPEC #DARSA #VIRAL

+ - reset