TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Tan Kok Wai, Fong Kui Lun tarik diri pemilihan DAP

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Penasihat DAP, Tan Kok Wai dan Bendahari Kebangsaan, Fong Kui Lun mengumumkan keputusan mereka untuk tidak bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti bulan depan.

Dalam kenyataan bersama, mereka menyatakan keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada generasi pemimpin baharu untuk mengambil peranan kepimpinan yang lebih signifikan.

“Hari ini, DAP mempunyai ramai individu berbakat dan kami mempunyai rancangan penggantian kepimpinan yang baik.

“Kami menaruh keyakinan penuh terhadap pasukan kepimpinan teras DAP. Kecekapan mereka memberi kami jaminan dan keyakinan bahawa masa depan parti berada di tangan yang berkebolehan,” kata mereka.

Keputusan ini dibuat di tengah-tengah spekulasi mengenai pergolakan dalaman parti, susulan dakwaan sekumpulan ahli veteran bahawa terdapat "deep state" dalam DAP yang berusaha melemahkan pengaruh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan pasukannya.

Selain itu, pemimpin DAP, Ronnie Liu turut meluahkan kebimbangan terhadap pindaan perlembagaan parti yang menetapkan mana-mana wakil rakyat yang tidak mematuhi arahan parti dalam isu-isu asas akan kehilangan keahlian secara automatik.

Pemilihan CEC DAP bulan depan dijangka menjadi tumpuan, terutama dalam menentukan hala tuju parti serta kesinambungan kepimpinan dalam menghadapi cabaran politik semasa.

+ - reset