Berita Politik
Pemuda PAS kecam DAPSY berhubung garis panduan kehadiran Muslim ke majlis agama lain

SHAH ALAM 6 Feb. - Pemuda PAS menyifatkan bantahan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) terhadap garis panduan kehadiran umat Islam ke majlis agama lain sebagai satu bentuk campur tangan yang biadab dan tidak bertanggungjawab.
Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, menegaskan bahawa tindakan DAPSY mencerminkan keangkuhan serta kejahilan mereka dalam memahami kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen Alor Setar itu, garis panduan tersebut bukan satu bentuk sekatan atau penindasan, sebaliknya langkah memastikan akidah umat Islam sentiasa terpelihara.
“Siapa DAPSY untuk mempertikaikan hal ini? Apa hak mereka untuk campur tangan dalam urusan umat Islam sedangkan mereka langsung tiada autoriti?
“Pemuda PAS tidak akan berdiam diri apabila ada pihak luar cuba menekan umat Islam dengan agenda liberal melampau. Kenyataan DAPSY bukan sahaja memperlihatkan keangkuhan, tetapi juga seolah-olah mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, mengesahkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memuktamadkan garis panduan mengenai penglibatan umat Islam dalam sambutan perayaan agama lain pada penghujung Februari ini.
Bagaimanapun, DAPSY membantah garis panduan tersebut, dengan Ketua Pemudanya, Woo Kah Leong, mencadangkan agar kerajaan membatalkan pelaksanaan dan mengekalkan dasar sedia ada.
Afnan Hamimi menegaskan bahawa umat Islam tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menafikan hak mereka dalam menjaga kesucian Islam.
“Jika mereka masih berkeras, kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih tegas bagi memastikan Islam tidak diperkotak-katikkan oleh pihak yang berkepentingan politik.
“Cukup-cukuplah dengan sikap kurang ajar sebegini. Jangan cuba bermain api dengan umat Islam di Malaysia.
“Kami akan terus mempertahankan agama ini walau apa pun yang terjadi,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am
Akmal Nasrullah pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru
March 28, 2025, 11:41 am
'Kalau betul sayangkan ummah, dulu tak keluar UMNO tubuh parti lain' - Tok Mat
March 24, 2025, 11:06 am
Makin sengit, Ramanan umum bertanding Naib Presiden PKR pada pemilihan Mei ini
March 19, 2025, 2:38 pm
Utamakan cadangan DAP belakangi ketetapan Allah - Abdul Hadi
March 17, 2025, 11:09 am
Fahmi Fadzil umum bertanding jawatan Naib Presiden PKR
March 17, 2025, 9:09 am
Gobind Pengerusi baharu DAP, Guan Eng dilantik Penasihat, Loke kekal Setiausaha Agung
March 14, 2025, 2:03 pm