TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

15 skrin besar tayang separuh akhir Piala Thomas esok

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Mei - Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, esok.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.

Beliau turut menitipkan kata-kata semangat bagi mengajak orang ramai sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang bermula pada jam 5 petang.

"Come out and cheer for our boys this Saturday! (Marilah kita sama-sama berikan sorakan kepada skuad negara pada Sabtu ini!)," katanya di laman Facebook rasminya.

Semalam, Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas lapan tahun apabila menyingkirkan juara edisi 2014, Jepun 3-1 di Pusat Sukan Chengdu Hi-Tech Zone, China.

China pula melayakkan diri selepas mengalahkan juara bertahan India 3-1 pada satu lagi pertembungan suku akhir semalam. – BERNAMA

+ - reset