Berita Politik
'Dia sudah minta maaf' - Pemimpin PKR nasihat Hannah usah saman Razman

KUALA LUMPUR 29 Jan - Seorang pemimpin PKR menggesa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk memaafkan Razman Zakaria berhubung tuduhan yang dibuat terhadapnya, tanpa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap pesuruhjaya PAS Perak itu.
Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata Razman telah pun meminta maaf kepada Hannah, serta syarikat dan tokoh korporat YTL.
"Walaupun saya memahami hak Hannah untuk menuntut keadilan berhubung kesilapan dalam petikan fakta yang mengaitkannya dengan YTL, saya tidak bersetuju dengan tindakan untuk menyaman Razman," kata Lee.
Beliau menegaskan bahawa Razman telah mengakui kesilapannya dan meminta maaf secara terbuka, serta menjelaskan bahawa percubaan untuk menghubungkan Hannah dengan YTL berlaku tanpa sengaja.
Lee turut berpendapat bahawa kesilapan itu berpunca daripada kurangnya pemahaman tentang budaya kaum lain di negara ini, yang sering dialami oleh sebahagian rakyat Malaysia yang jarang bergaul atau melibatkan diri dalam aktiviti budaya pelbagai kaum.
"Kelompok ini merangkumi semua lapisan masyarakat: Cina, Melayu, India, Dayak, dan Kadazan," katanya.
Sebelum ini, Hannah Yeoh mengecam kenyataan Razman yang mendakwa beliau adalah anak kepada pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay.
Menerusi platform X, Hannah memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razman, yang kemudiannya memohon maaf atas kesilapannya.
Sementara itu, Lee menasihati Razman agar lebih berhati-hati dan memastikan fakta yang tepat sebelum mengeluarkan kenyataan awam.
"Nasihat saya kepada Razman sebagai pemimpin politik adalah untuk semak fakta dan kenali budaya lain sebelum membuat kenyataan. Ini bukan kali pertama beliau atau pimpinan PAS yang lain membuat tuduhan tanpa asas," tambahnya.
Lee juga menyarankan agar Hannah mengambil peluang ini untuk menunjukkan nilai saling memaafkan, terutama sekali sempena perayaan Tahun Baru Lunar yang akan datang.
Berita berkaitan
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am
PRK Ayer Kuning: Jangan guna modal fitnah nak menang pilihan raya - Mat Sabu
April 14, 2025, 12:21 pm
Aminuddin Harun kekal Ketua Cabang PKR Port Dickson
April 13, 2025, 3:26 pm
Rafizi, Amirudin kekal Ketua Cabang PKR di kawasan masing-masing
April 11, 2025, 1:05 pm
Ahli PKR tegur mufti, minta jangan politikkan isu penguatkuasaan
April 10, 2025, 1:15 pm
MP Bukit Bendera kecam permintaan PAS Pulau Pinang batalkan sambutan Songkran hujung minggu ini
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am