TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki dijel 6 bulan gara-gara tumbuk anggota polis dalam kamar mahkamah

By
|
Kongsi
image

KEMAMAN 28 Jan – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk seorang anggota polis berpangkat koperal di dalam kamar mahkamah minggu lalu.

Hakim Wan Suhaila Mohd. menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Rosidi Mohamed, 37, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Menurut pertuduhan, Rosidi didakwa telah menggunakan kekerasan terhadap seorang anggota polis berusia 38 tahun yang bertugas di Mahkamah Majistret Kemaman.

Perbuatan itu berlaku pada pukul 12.45 tengah hari, 22 Januari lalu, di dalam kamar Mahkamah Majistret.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi dan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin. Rosidi, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

+ - reset