TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis Kelantan jangka lonjakan trafik semasa Tahun Baru Cina dan cuti sekolah

By
|
Kongsi
image

KOTA BARU 28 Jan. - Polis negeri menjangkakan lonjakan trafik yang ketara memasuki Kelantan berikutan perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah yang jatuh serentak.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kebiasaannya antara 600,000 hingga 800,000 kenderaan memasuki Kelantan semasa musim perayaan. Namun, dengan gabungan cuti Tahun Baru Cina dan cuti sekolah kali ini, polis menganggarkan jumlah trafik akan meningkat tiga kali ganda daripada biasa.

“Kami jangka jumlahnya akan tiga kali ganda berbanding biasa,” katanya, sambil menambah bahawa polis akan memantau aliran trafik dan kawasan tumpuan kemalangan.

Yusoff juga menasihatkan mereka yang akan bercuti atau pulang ke kampung untuk memberitahu balai polis terdekat bagi membolehkan pihak polis memantau kawasan tersebut.

“Saya menggalakkan orang ramai untuk memberitahu balai polis terdekat atau mengisi borang permohonan yang disediakan oleh pihak polis sama ada secara manual atau dalam talian. Ini adalah untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di rumah mereka semasa ketiadaan mereka,” katanya.

+ - reset