TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Baru lepas penjara semalam, Along Cham failkan pengesahan cerai taklik terhadap isteri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pelakon dan pelawak terkenal, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengesahkan akan memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Syariah Putrajaya pagi ini.

Menurut Along, proses memfailkan pengesahan cerai itu dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi.

Along mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut.

“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik hari ini. Kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

Semalam, Along dilihat melakukan sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya pada Disember lalu.

Namun begitu, Along kini berdepan dua pertuduhan lain di Mahkamah Majistret Sepang, iaitu atas kesalahan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan. Dalam kes tersebut, dia dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Perkembangan ini sekaligus menambah babak dalam perjalanan kehidupan Along yang menjadi perhatian umum.

+ - reset