TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 9 tahun hilang cuba capai selipar terjatuh longkang di Kota Tinggi

By
|
Kongsi
image

KOTA TINGGI 27 Jan – Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang dekat Taman Kota Jaya di sini ketika bermain bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi ketika hujan lebat.

Katanya, ketika kejadian kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikatakan hendak mengambil selipar yang jatuh ke dalam longkang itu yang dipercayai ketika itu air deras serta dalam.

“Ada seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun jatuh dalam longkang waktu hujan lebat, air deras serta dalam.

“Kejadian berlaku kerana mangsa hendak mengambil selipar yang jatuh ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pencarian kanak-kanak itu masih dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

+ - reset