Berita Berita
Lagi kes buli doktor, KKM ambil tindakan tegas
PUTRAJAYA 27 Jan - Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima aduan yang diterbitkan di media sosial berhubung insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.
KKM dalam kenyataan berkata, isu itu telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan yang mana tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
“Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan.
“Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM.
“KKM mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli dan kerana ini bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
KKM berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada hantaran tular yang mendedahkan dua pegawai perubatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah dituduh melakukan buli dan perkauman terhadap doktor pelatih.
Keterangan pada hantaran tular itu juga mendakwa pegawai perubatan berkenaan telah membuli doktor pelatih daripada etnik tertentu dengan membuat kerja melepasi tengah malam sementara individu lain dibenarkan pulang.
Susulan itu, KKM berkata, tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib akan diambil ke atas pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan.
Berita berkaitan
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm
Lelaki dijel 6 bulan gara-gara tumbuk anggota polis dalam kamar mahkamah
January 28, 2025, 3:24 pm
MCA Johor mohon maaf susulan perkongsian status hina Islam
January 28, 2025, 3:01 pm
Polis Kelantan jangka lonjakan trafik semasa Tahun Baru Cina dan cuti sekolah
January 28, 2025, 2:56 pm
Wanita warga emas maut diserang lebih 10 anjing liar berhampiran terminal bas
January 28, 2025, 2:53 pm