Berita Berita
Jalan licin sebelum terbabas, suami, isteri maut ketika konvoi motor di Thailand
SEBERANG PERAI 27 Jan – Sebuah pasangan suami isteri maut dalam kemalangan tragik ketika berkonvoi di Chumphon, Thailand, pagi tadi.
Mohd. Sofi Ismail, 43, dan isterinya, Zaimima Ismail, 43, yang merupakan peniaga roti canai di Pongsu Seribu, Kepala Batas, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka tunggang terbabas.
Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 pagi ketika pasangan ini dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang menaiki motosikal Kawasaki GTR 1400.
Menurut rakan mangsa yang juga wakil Group Adventure Touring Motorsports (ATMS), Muhammad Firdaus Yeoh Abdullah, 50, hujan lebat pada waktu kejadian dipercayai menyebabkan jalan licin dan motosikal terbabas.
Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Chumphon dan dijangka tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah, malam ini atau pagi esok. Mereka dijangka dikebumikan di Merbau Pulas, Karangan, Kedah.
Pasangan itu turut berkonvoi dengan dua lagi pasangan kenalan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa menerusi ciapan di Facebook beliau.
Berita berkaitan
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm
Lelaki dijel 6 bulan gara-gara tumbuk anggota polis dalam kamar mahkamah
January 28, 2025, 3:24 pm
MCA Johor mohon maaf susulan perkongsian status hina Islam
January 28, 2025, 3:01 pm
Polis Kelantan jangka lonjakan trafik semasa Tahun Baru Cina dan cuti sekolah
January 28, 2025, 2:56 pm
Wanita warga emas maut diserang lebih 10 anjing liar berhampiran terminal bas
January 28, 2025, 2:53 pm