Berita Berita
Buruh maut jatuh kerangka besi setinggi 8 meter di Ipoh
IPOH 27 Jan – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari kerangka besi bangunan berketinggian lapan meter di sebuah tapak pembinaan di Bandar Meru Raya di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 9.06 pagi.
Katanya, berdasarkan maklumat, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun sedang melakukan kerja di tapak pembinaan berkenaan.
“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke tempat lapang oleh pekerja lain untuk bantuan. Ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.
“Pasukan perubatan yang turut berada di lokasi serta memberi bantuan CPR kepada mangsa mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.
Berita berkaitan
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm
Lelaki dijel 6 bulan gara-gara tumbuk anggota polis dalam kamar mahkamah
January 28, 2025, 3:24 pm
MCA Johor mohon maaf susulan perkongsian status hina Islam
January 28, 2025, 3:01 pm
Polis Kelantan jangka lonjakan trafik semasa Tahun Baru Cina dan cuti sekolah
January 28, 2025, 2:56 pm
Wanita warga emas maut diserang lebih 10 anjing liar berhampiran terminal bas
January 28, 2025, 2:53 pm