Berita Berita
Lelaki jatuh sungai ketika ujian bot ditemui lemas di Jeti Sungai Puteri
KUANTAN 27 Jan - Lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika melakukan ujian bot berhampiran Jeti Sungai Puteri, dekat Kuala Rompin kelmarin ditemukan lemas, hari ini.
Mayat Syed Khalid Syed Ahmad Munshee, 50, dari Tanjung Pahang Tua, Pekan ditemukan terdampar di beting pasir oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama awam jam 11.45 pagi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa ditemukan kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
Mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Susulan penemuan itu, SAR yang digerakkan sejak kelmarin ditamatkan jam 12.25 tengah hari ini," katanya.
Berdasarkan laporan, mangsa bersama seorang rakan dipercayai terjatuh dari bot yang sedang diuji berhampiran jeti kira-kira jam 6 petang.
Mangsa dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras, manakala rakannya selamat.
Berita berkaitan
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm
Lelaki dijel 6 bulan gara-gara tumbuk anggota polis dalam kamar mahkamah
January 28, 2025, 3:24 pm
MCA Johor mohon maaf susulan perkongsian status hina Islam
January 28, 2025, 3:01 pm
Polis Kelantan jangka lonjakan trafik semasa Tahun Baru Cina dan cuti sekolah
January 28, 2025, 2:56 pm
Wanita warga emas maut diserang lebih 10 anjing liar berhampiran terminal bas
January 28, 2025, 2:53 pm