Berita Berita
Lelaki curi tong ais, 20 peket tempe ditahan polis
KLUANG 27 Jan. - Seorang lelaki berusia 51 tahun direman tiga hari selepas aksinya mencuri tong ais di hadapan sebuah premis di Taman Sri Kluang menjadi tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, memaklumkan suspek ditahan di Taman Desa, Kluang, pada pukul 8 malam. Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta Perodua Kancil, kunci, tong ais biru, dan 20 peket tempe.
Hasil semakan menunjukkan suspek memiliki sembilan rekod jenayah dan dua rekod berkaitan narkotik. Selain itu, saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dan suspek akan ditahan sehingga Rabu untuk membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm
Lelaki dijel 6 bulan gara-gara tumbuk anggota polis dalam kamar mahkamah
January 28, 2025, 3:24 pm
MCA Johor mohon maaf susulan perkongsian status hina Islam
January 28, 2025, 3:01 pm
Polis Kelantan jangka lonjakan trafik semasa Tahun Baru Cina dan cuti sekolah
January 28, 2025, 2:56 pm
Wanita warga emas maut diserang lebih 10 anjing liar berhampiran terminal bas
January 28, 2025, 2:53 pm