Berita Berita
Polis ambil keterangan 82 individu kes banduan Penjara Taiping dipukul, seorang maut
TAIPING 27 Jan - Polis telah merakam keterangan 82 individu, termasuk dua pegawai penjara, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan puluhan banduan di Penjara Taiping dipukul sehingga menyebabkan kematian seorang banduan.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, berkata baki 80 individu lain yang dirakam keterangan terdiri daripada banduan serta tahanan di penjara berkenaan.
Beliau mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima banyak laporan berkaitan kejadian tersebut, termasuk laporan rasmi yang dibuat pada 17 Januari lalu.
“Siasatan awal dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebelum kes ini dibawa ke perhatian Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurut beliau, siasatan masih berjalan secara telus dan akan dibawa ke peringkat Bukit Aman untuk penilaian lanjut.
“Setakat ini, kita sedang mendapatkan gambaran sebenar kejadian dan apabila siasatan selesai, kenyataan media rasmi akan dikeluarkan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya ketika ditemui pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Taiping Selatan, hari ini.
Terdahulu, sebuah parti politik mengadakan perhimpunan di hadapan Penjara Taiping, dihadiri ahli keluarga banduan yang menuntut siasatan telus serta tindakan tegas terhadap dakwaan penderaan banduan.
Hari ini, lebih 50 ahli keluarga dan waris berkumpul di luar kawasan penjara bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh.
Penganjur perhimpunan mendakwa bahawa lebih 60 wadar penjara terlibat dalam insiden kekasaran terhadap lebih 100 banduan, yang didakwa menyebabkan kematian seorang daripada mereka.
Selain itu, keluarga banduan juga mendakwa mereka tidak dibenarkan melawat seperti biasa dengan alasan banduan sedang dikuarantin, menyebabkan kebimbangan mengenai keadaan sebenar di dalam penjara.
Pihak polis mengesahkan menerima lebih 30 laporan berkaitan daripada ahli keluarga banduan yang mendakwa wujud unsur penderaan dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan di penjara terbabit.
Berita berkaitan
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm
Lelaki dijel 6 bulan gara-gara tumbuk anggota polis dalam kamar mahkamah
January 28, 2025, 3:24 pm
MCA Johor mohon maaf susulan perkongsian status hina Islam
January 28, 2025, 3:01 pm
Polis Kelantan jangka lonjakan trafik semasa Tahun Baru Cina dan cuti sekolah
January 28, 2025, 2:56 pm
Wanita warga emas maut diserang lebih 10 anjing liar berhampiran terminal bas
January 28, 2025, 2:53 pm