Berita Berita
Thaipusam Task Force 2025 teruskan komitmen pastikan kemeriahan sambutan buat tahun ke-11 - Dr Gunaraj
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 27 Jan – Thaipusam Task Force meneruskan komitmennya buat tahun ke-11 dalam memastikan sambutan Thaipusam yang bakal disambut 11 Februari ini berjalan lancar di beberapa kuil utama seluruh negara.
Pengerusi Thaipusam Task Force 2025, Dr G Gunarajah berkata, pihaknya berjaya menghimpunkan lima badan bukan kerajaan (NGO) India antaranya Malaysia Hindhudharma Maamandram (MHDM), Malaysia Hindu Sangam (MHS) dan Cuci Malaysia bagi menjayakan usaha murni berkenaan.
Menurut Gunarajah, pihaknya turut mengjangkakan lebih 1,000 individu dari seluruh negara akan menjadi sukarelawan untuk bersama memastikan kelancaran sambutan Thaipusam di lima kuil di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selama tiga hari bermula malam 10 Februari nanti.
“Kita sudah menjalankan task force ini selama 10 tahun, dan saban tahun kita dapati masalah sampah semakin berkurangan dengan adanya inisiatif dari pelbagai pihak yang turut bersama memastikan perjalanan sambutan berjalan lancar.
“Bukan itu sahaja, dengan kehadiran task force ini, orang ramai lebih peka untuk menjaga kebersihan ketika berada di kuil khususnya di Batu Caves sekali gus mematuhi peraturan lain yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Gunaraj berkata, selain kebersihan, pihaknya akan memantau kegiatan peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual barangan yang tidak dibenarkan seperti topeng yang boleh merosakkan sambutan Thaipusam.
Selain itu, task force itu turut mengeluarkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) bagi memastikan kelancaran sambutan perayaan tersebut selain memudahkan penganut Hindu menjalankan upacara mereka.
"Oleh itu dengan adanya task force (tahun ini) ini mereka tak perlu bawa daun pisang, bunga, buah-buahan. Sebaliknya semua dah disediakan (pihak penganjur) untuk memastikan majlis lebih lancar.
"Selain itu, ia juga dapat memastikan keselamatan orang ramai dengan penyediaan anggota rela yang ditugaskan nanti," katanya kepada media.
Dalam pada itu, Gunaraj yang juga ADN dua penggal Sentosa menghargai sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang membuka peluang kepada lenih 200 pelajar yang ingin menjadi sukarelawan menerusi Thaipusam Task Force 2025.
“Kita percaya dengan sambutan daripada pelbagai pihak untuk menyertai aktiviti sukarelawan ini membuktikan rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.
Untuk rekod, Thaipusam disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan 'Thai', iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil bagi menghormati Dewa Murugan sempena memperingati hari kelahiran dewa itu. - Media Telus
Berita berkaitan
January 29, 2025, 11:20 am
Enam penduduk dipercayai tertimbus tanah runtuh di Kuching
January 29, 2025, 11:10 am
India catat pelancong paling pesat ke Malaysia, ketibaan lebih satu juta
January 29, 2025, 11:00 am
Masih ada pemandu bas yang ambil dadah - JPJ
January 29, 2025, 9:29 am
Tahun Baharu China jadi titik permulaan semangat kebersamaan baharu - PM
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm