Berita Berita
Cecilia Yap minta maaf isu jenaka didakwa hina Islam
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Seorang pengguna Facebook bernama Cecelia Yap Song KL memohon maaf atas komen sensitif yang dimuat naik di media sosial berkaitan isu "ham" yang didakwa menghina agama Islam.
Komen itu merujuk kepada hantaran pelawak Harith Iskander, yang secara berseloroh menyebut "iman tergugat" ketika mempertimbangkan untuk menikmati "Ham Sap Kopi". Hantaran ini dibuat di tengah kontroversi produk sandwic "ham & cheese" yang tidak memiliki sijil halal, dijual di Universiti Malaya.
Menerusi kenyataan daripada peguamnya, Cecelia Yap menyatakan penyesalan mendalam atas kesilapannya dan memohon maaf kepada umat Islam yang tersinggung. Beliau juga berjanji memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mengesahkan siasatan terhadap Harith dan Cecelia Yap sedang dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Media Telus
Berita berkaitan
January 29, 2025, 11:20 am
Enam penduduk dipercayai tertimbus tanah runtuh di Kuching
January 29, 2025, 11:10 am
India catat pelancong paling pesat ke Malaysia, ketibaan lebih satu juta
January 29, 2025, 11:00 am
Masih ada pemandu bas yang ambil dadah - JPJ
January 29, 2025, 9:29 am
Tahun Baharu China jadi titik permulaan semangat kebersamaan baharu - PM
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm