Berita Berita
KPKM beri jaminan tangani tuntutan PeSAWAH – Mohamad Sabu
PUTRAJAYA 27 Jan. - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, memberi jaminan untuk mengadakan sesi libat urus berkaitan tuntutan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) yang diserahkan di pekarangan kementeriannya hari ini.
Beliau berkata, pertemuan akan diadakan bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk menangani isu yang dibangkitkan.
“Berkenaan memorandum PeSAWAH kepada Perdana Menteri, saya sebagai menteri akan mengambil tanggungjawab turun ke KADA, MADA, dan kawasan lain yang berkaitan. Saya juga akan meneruskan sesi libat urus bersama penanam padi,” katanya melalui pesanan WhatsApp kepada media.
KADA dipengerusikan oleh Khalid Abdul Samad, manakala MADA dipengerusikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh.
Dua Tuntutan Utama PeSAWAH
Terdahulu, PeSAWAH mengemukakan dua tuntutan kepada kerajaan, termasuk menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 kepada RM1,800 setan.
Menurut Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob, tuntutan itu diserahkan melalui memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan KPKM. Tuntutan kedua membabitkan bantahan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman.
Abdul Rashid menjelaskan bahawa harga lantai semasa tidak lagi relevan kerana kos operasi seperti diesel dan benih padi terus meningkat.
Berkaitan RUU Kualiti Benih Tanaman, beliau mendakwa ia dirangka tanpa sebarang perundingan bersama petani dan berkemungkinan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.
Abdul Rashid turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan khas dengan kementerian-kementerian berkaitan untuk menangani isu tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
January 29, 2025, 11:20 am
Enam penduduk dipercayai tertimbus tanah runtuh di Kuching
January 29, 2025, 11:10 am
India catat pelancong paling pesat ke Malaysia, ketibaan lebih satu juta
January 29, 2025, 11:00 am
Masih ada pemandu bas yang ambil dadah - JPJ
January 29, 2025, 9:29 am
Tahun Baharu China jadi titik permulaan semangat kebersamaan baharu - PM
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm