TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kor Ming patut jadikan Stalin idola, bukan Khalifah Umar - Ahmad Fadhli

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menerima kritikan pedas daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berikutan kenyataannya mengenai isu penjualan arak di kawasan majoriti Islam.

Menurut Ketua Penerangan Pas itu, Kor Ming tidak layak mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab, sebaliknya lebih sesuai mengidolakan Joseph Stalin, pemimpin Parti Komunis Kesatuan Soviet yang terkenal menggalakkan rakyatnya meminum arak.

"Jika ingin menyokong penjualan arak di kawasan majoriti Muslim, tak perlulah mengaku mahu mencontohi Khalifah Umar Al-Khattab. Itu tidak sesuai sama sekali.

"Menteri lebih wajar mengisytiharkan Stalin sebagai idola. Stalin dikenali sebagai diktator yang menjadikan vodka simbol nasional dan sumber pendapatan negara melalui cukai alkohol," ujar Ahmad Fadhli.

Kenyataan ini timbul selepas Kor Ming menyarankan pihak berkuasa tempatan mengekalkan dasar sedia ada mengenai penjualan minuman keras di kawasan majoriti Muslim, bagi menjaga keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan mengelak isu ini dipolitikkan.

Kor Ming juga sebelum ini menyatakan komitmen kementeriannya untuk menerapkan nilai-nilai pentadbiran seperti integriti dan kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab serta Khalifah Umar Abdul Aziz dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Namun, kenyataan itu dilihat bercanggah dengan pendirian mengenai isu arak, memicu kontroversi dan reaksi balas daripada beberapa pihak.

Majlis Bandaraya Ipoh sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam di bawah pentadbiran mereka.

Kritikan Ahmad Fadhli menambahkan lagi perdebatan hangat mengenai isu dasar dan prinsip kepimpinan di Malaysia. - Media Telus

+ - reset