Berita Berita
Anwar nasihatkan pesawah pilih waktu sesuai serah memorandum, jangan kacau majlis rasmi negara
KUALA LUMPUR 27 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan golongan pesawah yang ingin menyerahkan memorandum kepadanya pada esok diberikan pada waktu yang lebih sesuai.
Anwar berkata, ia berikutan esok merupakan lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke negara ini.
Katanya, lawatan rasmi tersebut adalah atas undangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan acara itu merupakan urusan penting yang melibatkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
“Jika nak berurusan tetapkan masa yang sesuai, tetapi saya tidak setuju sama sekali untuk diadakan perhimpunan mengganggu perjalanan dan urusan lawatan rasmi negara Presiden Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Syarahan Perdana Professor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.
Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar menghormati protokol dan majlis negara sahabat, sambil menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia akan membantu mengawal keadaan.
“Sebaiknya saya minta dia (pesawah) elak (waktu berkenaan). (Kalau) kita tidak mahu jumpa nak bantah boleh lah.
“Ini kita kata boleh jumpa… nak ada perhimpunan aman silakan, tapi janganlah ambil kesempatan itu untuk menganggu apa lagi majlis rasmi negara,” ujarnya.
Terdahulu media melaporkan, lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara akan berkumpul di Putrajaya bagi menghantar memorandum kepada Anwar esok.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob dilaporkan berkata, antara perkara yang dibawa kepada perhatian Perdana Menteri berkenaan tuntutan pesawah yang mahu harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,800 untuk satu tan metrik.
Berita berkaitan
January 27, 2025, 10:08 pm
Budak 9 tahun hilang cuba capai selipar terjatuh longkang di Kota Tinggi
January 27, 2025, 9:43 pm
Lagi kes buli doktor, KKM ambil tindakan tegas
January 27, 2025, 4:54 pm
Jalan licin sebelum terbabas, suami, isteri maut ketika konvoi motor di Thailand
January 27, 2025, 3:39 pm
Buruh maut jatuh kerangka besi setinggi 8 meter di Ipoh
January 27, 2025, 3:20 pm
Lelaki jatuh sungai ketika ujian bot ditemui lemas di Jeti Sungai Puteri
January 27, 2025, 2:54 pm
11 anak GISB belum dituntut, MAIS masih cari waris
January 27, 2025, 2:50 pm
Telinga budak 6 tahun koyak digigit kuda, kepala terhentak besi di ladang agro di Negeri Sembilan
January 27, 2025, 2:47 pm
MBJB Timbang dasar penjualan arak berdasarkan aduan awam
January 27, 2025, 2:43 pm
Lelaki curi tong ais, 20 peket tempe ditahan polis
January 27, 2025, 2:40 pm