Berita Berita
9 sampel limau mandarin langgar piawaian racun perosak – KKM
KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan daripada 243 sampel limau mandarin yang dianalisis didapati melanggar kadar maksimum residu racun perosak di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM 1985), Akta Makanan 1983. Semua sampel yang tidak mematuhi piawaian telah dilupuskan oleh pihak berkuasa.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), analisis ini dilakukan menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang bermula November lalu, sempena pemantauan makanan musim perayaan. Pemantauan turut dilaksanakan di 70 pintu masuk negara bagi memastikan limau mandarin yang diimport mematuhi peraturan.
Pengimport yang terlibat dikenakan pemeriksaan tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) pada kemasukan seterusnya, di mana konsainan makanan akan ditahan untuk pensampelan dan hanya dilepaskan jika analisis menunjukkan kepatuhan kepada piawaian.
Berdasarkan data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), negara seperti China, Afrika Selatan, Jepun, Australia, dan Mesir menjadi pengeksport utama limau mandarin ke Malaysia sepanjang 2024.
KKM turut melaksanakan Ops Tahun Baharu Cina dari 19 Januari hingga 1 Februari bagi memastikan semua makanan yang dijual di pasaran mematuhi Akta Makanan 1983.
Pengguna yang mempunyai keraguan tentang keselamatan makanan atau menyaksikan insiden berkaitan boleh melaporkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM). - Media Telus
Berita berkaitan
January 29, 2025, 11:20 am
Enam penduduk dipercayai tertimbus tanah runtuh di Kuching
January 29, 2025, 11:10 am
India catat pelancong paling pesat ke Malaysia, ketibaan lebih satu juta
January 29, 2025, 11:00 am
Masih ada pemandu bas yang ambil dadah - JPJ
January 29, 2025, 9:29 am
Tahun Baharu China jadi titik permulaan semangat kebersamaan baharu - PM
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm