Berita Berita
Perhilitan selamatkan burung hereng di i-City Shah Alam
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menyelamatkan seekor burung hereng di jejambat berdekatan dengan pusat beli belah i-City di Shah Alam pada Khamis.
Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya menggerakkan pasukan menyelamatkan burung yang disenaraikan sebagai Near Threatened (NT) dalam Senarai Merah International Union for Conservation of Nature (IUCN) selepas menerima laporan orang awam kira-kira 11 pagi.
Beliau berkata, binatang berkenaan yang biasanya hidup di kawasan pergunungan tinggi di negara-negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia dan Barat China dipercayai tersasar daripada laluan penerbangannya.
“Insiden seperti ini pernah direkodkan sebelum ini melibatkan spesies yang sama di Malaysia dan ketika burung ini ditemukan, ia berada dalam keadaan lemah dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk pemeriksaan dan rawatan kesihatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Wan Mohd Adib turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terjumpa dengan hidupan liar.
Terdahulu, gambar burung pemangsa itu tular di media sosial, menunjukkan ia ditemukan di jejambat berhampiran sebuah pusat beli-belah di Shah Alam pada Khamis. – Bernama
Berita berkaitan
January 29, 2025, 11:20 am
Enam penduduk dipercayai tertimbus tanah runtuh di Kuching
January 29, 2025, 11:10 am
India catat pelancong paling pesat ke Malaysia, ketibaan lebih satu juta
January 29, 2025, 11:00 am
Masih ada pemandu bas yang ambil dadah - JPJ
January 29, 2025, 9:29 am
Tahun Baharu China jadi titik permulaan semangat kebersamaan baharu - PM
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm