Berita Berita
Warga emas tampar kakitangan Puspakom didenda RM1,600
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Seorang warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Cawangan Johor Bahru.
Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhi hukuman itu ke atas Koh Soon Hua, 60, dan memerintahkan lelaki itu dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Koh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Suzaini Mohd Taib, 38, di Puspakom Jalan Bertam pada 5.40 petang, 18 Nov tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam satu kenyataan pada 16 Jan lepas berkata suspek bertindak menampar kakitangan Puspakom itu selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan. - Bernama
Berita berkaitan
January 29, 2025, 11:20 am
Enam penduduk dipercayai tertimbus tanah runtuh di Kuching
January 29, 2025, 11:10 am
India catat pelancong paling pesat ke Malaysia, ketibaan lebih satu juta
January 29, 2025, 11:00 am
Masih ada pemandu bas yang ambil dadah - JPJ
January 29, 2025, 9:29 am
Tahun Baharu China jadi titik permulaan semangat kebersamaan baharu - PM
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm