Berita Berita
'Kita tidak ada masalah, nak himpun, himpunlah' - Anwar
DENGKIL 24 Jan - Kerajaan tidak akan menghalang sebarang himpunan yang bertujuan membanteras rasuah di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengesahkan bahawa Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
"Kita tidak ada masalah, boleh berhimpun. Kerajaan telah memberikan kebenaran, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menyatakan bahawa kebenaran telah diberikan.
"Namun, terdapat beberapa lokasi yang tidak dibenarkan untuk tujuan perhimpunan. Bagi saya, tidak ada masalah, jika mahu membantah rasuah, bantahlah. Saya tidak menolak usaha ini. Jika ada yang ingin berhimpun, mereka boleh berhimpun," katanya selepas menunaikan solat Jumaat bersama pelajar UiTM Dengkil di Pusat Islam UiTM Dengkil, hari ini.
Anwar turut menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menghalang himpunan yang sah bagi tujuan membanteras rasuah tidak akan diterima oleh kerajaan.
Beliau menekankan bahawa kerajaan sentiasa terbuka kepada sebarang inisiatif yang bertujuan menentang rasuah, selaras dengan komitmen negara dalam membanteras amalan tersebut secara menyeluruh.
Berita berkaitan
January 29, 2025, 11:20 am
Enam penduduk dipercayai tertimbus tanah runtuh di Kuching
January 29, 2025, 11:10 am
India catat pelancong paling pesat ke Malaysia, ketibaan lebih satu juta
January 29, 2025, 11:00 am
Masih ada pemandu bas yang ambil dadah - JPJ
January 29, 2025, 9:29 am
Tahun Baharu China jadi titik permulaan semangat kebersamaan baharu - PM
January 28, 2025, 11:30 pm
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter ketika cuba melintas landasan di Klang
January 28, 2025, 6:26 pm
BNM denda 4 bank termasuk Maybank RM1.66 juta
January 28, 2025, 6:11 pm
'Malaysia memang suka tolong negara yang lebih kaya' - Tun M
January 28, 2025, 3:37 pm