Berita Berita
Suspek bakar 9 rumah di Baling rupanya mangsa buli di tempat kerja, simpan dendam akibat dipulau penduduk
ALOR SETAR 22 Jan - Polis berjaya menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam siri kebakaran misteri yang melanda Kupang, Baling sejak Disember tahun lalu, sekali gus merungkai kebimbangan penduduk setempat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata suspek yang berusia 23 tahun itu ditahan pada 12.30 tengah malam Isnin lalu dalam satu operasi khas yang dijalankan pihak polis.
"Berdasarkan siasatan awal, motif utama suspek adalah perasaan dendam yang timbul akibat kerap dibuli di tempat kerja sebelum ini. Akibat tekanan tersebut, dia bertindak membakar sembilan rumah di kawasan Kupang sejak hujung Disember hingga awal Januari ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Menurut Fisol, suspek merupakan seorang penganggur yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah tetapi telah berhenti tiga bulan sebelum kejadian pertama berlaku pada 24 Disember lalu.
"Suspek dipercayai bertindak membakar rumah dengan mencurahkan petrol ke atas motosikal yang diletakkan di hadapan rumah mangsa sebelum menyalakan api. Tindakan ini menyebabkan api merebak dengan cepat ke kediaman berhampiran," katanya.
Tambah beliau, kebakaran yang berlaku di sembilan lokasi itu menyebabkan dua kenderaan dan 18 motosikal musnah, dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM770,000. Kerugian tertinggi yang dicatatkan bagi satu rumah dianggarkan sekitar RM300,000.
Siasatan juga mendapati suspek mengalami tekanan sosial kerana dipulaukan oleh penduduk setempat, di mana sebahagian daripada mangsa mengenali beliau secara peribadi.
"Kebanyakan kejadian kebakaran berlaku antara jam 2 pagi hingga 5 pagi, waktu ketika kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur, menyebabkan mereka gagal bertindak pantas menyelamatkan harta benda," ujarnya.
Fisol berkata, suspek kini direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana melakukan khianat dengan api.
Sebelum ini, penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang dilaporkan bimbang dengan kejadian kebakaran yang berlaku secara berturut-turut, terutama di kawasan perumahan yang membabitkan motosikal, kenderaan, dan rumah.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan
Berita berkaitan
January 22, 2025, 6:55 pm
Wanita pukul anak 6 tahun sampai mati dipenjara 3 tahun
January 22, 2025, 6:43 pm
Mondy Tattoo diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
January 22, 2025, 6:18 pm
'Kita dah latih hingga mahir, tapi akhirnya pilih ke Singapura demi gaji - Presma
January 22, 2025, 5:47 pm
'Kami bukan mengada-ngada' - Presma, Primas rayu kerajaan longgar peraturan kemasukan pekerja asing
January 22, 2025, 3:59 pm
BNM kekalkan OPR pada 3 peratus
January 22, 2025, 3:47 pm
PLUS aktifkan smart lane di 25 lokasi sempena Tahun Baharu Cina
January 22, 2025, 3:35 pm
Kedai serbaneka disimbah cat merah, UM buat laporan polis
January 22, 2025, 3:29 pm
Wanita maut, motosikal dirempuh dari belakang
January 22, 2025, 2:42 pm