Berita Berita
Bekas pengarah agensi kerajaan ditahan SPRM, terima rasuah RM110,000
KOTA KINABALU 22 Jan. - Seorang bekas pengarah sebuah agensi kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 daripada beberapa syarikat yang mendapat projek pembekalan dengan agensi tempat suspek bertugas.
Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada awal tahun lalu dan meminta rasuah untuk pegawai di bawah seliannya.
"Suspek juga disyaki menerima suapan dalam bentuk barangan seperti mesin basuh, komputer riba, tablet, telefon pintar, gitar elektrik, peralatan gim, aksesori kereta dan pembayaran untuk pembelian motosikal," katanya.
Disyorkan
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
"SPRM turut menyita dan merampas semua barangan berkenaan," katanya.
Bagaimanapun, Karunanithy berkata, suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil. - Berita Harian
Berita berkaitan
January 22, 2025, 6:43 pm
Mondy Tattoo diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
January 22, 2025, 6:18 pm
'Kita dah latih hingga mahir, tapi akhirnya pilih ke Singapura demi gaji - Presma
January 22, 2025, 5:47 pm
'Kami bukan mengada-ngada' - Presma, Primas rayu kerajaan longgar peraturan kemasukan pekerja asing
January 22, 2025, 3:59 pm
BNM kekalkan OPR pada 3 peratus
January 22, 2025, 3:47 pm
PLUS aktifkan smart lane di 25 lokasi sempena Tahun Baharu Cina
January 22, 2025, 3:35 pm
Kedai serbaneka disimbah cat merah, UM buat laporan polis
January 22, 2025, 3:29 pm
Wanita maut, motosikal dirempuh dari belakang
January 22, 2025, 2:34 pm
Projek tergendala di Kedah bukan salah Kerajaan Pusat - Rafizi
January 22, 2025, 2:27 pm