Berita Berita
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi Plena ASEAN pada akhir 2025
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Jadual padat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari terakhir Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 pada Rabu, akan dimulakan dengan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dan kini dalam lawatan kerja selama tiga hari bagi menghadiri sidang itu, seterusnya dijadualkan menyertai satu sesi dialog eksklusif khas beliau dengan barisan pimpinan forum yang bertemakan “A Conversation with Anwar Ibrahim.”
Perdana Menteri seterusnya dijadual menyertai jamuan tengah hari sesi Pertemuan Tidak Rasmi Pemimpin WEF (IGWEL).
Beliau kemudiannya akan menyampaikan ucaptama dalam sesi Pleno ASEAN bertajuk “Even Stronger Together” yang menyaksikan Perdana Menteri membincangkan keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 serta peranan penting perkumpulan itu dalam membentuk landskap ekonomi global.
Selepas itu, Anwar dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Libya, Abdul Hamid Dbeibah, Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud dan Perdana Menteri Dick Schoof selain mesyuarat perniagaan dengan TotalEnergies.
Pertemuan dengan Schoof di bandar peranginan Pergunungan Alps ini juga menyaksikan Anwar mengakhiri lawatan kerja beliau ke empat negara yang dimulakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Januari dan seterusnya United Kingdom (15 Januari) dan Belgium (19 Januari). - Bernama
Berita berkaitan
January 22, 2025, 6:55 pm
Wanita pukul anak 6 tahun sampai mati dipenjara 3 tahun
January 22, 2025, 6:43 pm
Mondy Tattoo diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
January 22, 2025, 6:18 pm
'Kita dah latih hingga mahir, tapi akhirnya pilih ke Singapura demi gaji - Presma
January 22, 2025, 5:47 pm
'Kami bukan mengada-ngada' - Presma, Primas rayu kerajaan longgar peraturan kemasukan pekerja asing
January 22, 2025, 3:59 pm
BNM kekalkan OPR pada 3 peratus
January 22, 2025, 3:47 pm
PLUS aktifkan smart lane di 25 lokasi sempena Tahun Baharu Cina
January 22, 2025, 3:35 pm
Kedai serbaneka disimbah cat merah, UM buat laporan polis
January 22, 2025, 3:29 pm
Wanita maut, motosikal dirempuh dari belakang
January 22, 2025, 2:42 pm
Bekas pengarah agensi kerajaan ditahan SPRM, terima rasuah RM110,000
January 22, 2025, 2:34 pm