Berita Berita
Kerajaan timbang langkah bersasar ganti tol percuma semasa musim perayaan
PUTRAJAYA 22 Jan – Kerajaan akan membincangkan pendekatan lebih berkesan dan bersasar untuk membantu rakyat selepas keputusan menghentikan pemberian tol percuma semasa musim perayaan. Perkara ini akan dibawa dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa keputusan tersebut merupakan dasar yang telah ditetapkan sebelum ini, seperti diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Namun, beliau menegaskan kerajaan sedia mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak untuk mencari langkah yang lebih sesuai bagi meringankan beban rakyat.
“Mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali dari lawatan luar negara, akan membincangkan perkara ini. Kita tunggu hasil perbincangan tersebut,” kata Fahmi semasa sidang media di forum "Mengukuhkan Masa Depan: Memanfaatkan Teknologi 5G untuk Memperkukuh Keselamatan Negara" sempena Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25). - Media Telus
Berita berkaitan
January 22, 2025, 6:55 pm
Wanita pukul anak 6 tahun sampai mati dipenjara 3 tahun
January 22, 2025, 6:43 pm
Mondy Tattoo diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
January 22, 2025, 6:18 pm
'Kita dah latih hingga mahir, tapi akhirnya pilih ke Singapura demi gaji - Presma
January 22, 2025, 5:47 pm
'Kami bukan mengada-ngada' - Presma, Primas rayu kerajaan longgar peraturan kemasukan pekerja asing
January 22, 2025, 3:59 pm
BNM kekalkan OPR pada 3 peratus
January 22, 2025, 3:47 pm
PLUS aktifkan smart lane di 25 lokasi sempena Tahun Baharu Cina
January 22, 2025, 3:35 pm
Kedai serbaneka disimbah cat merah, UM buat laporan polis
January 22, 2025, 3:29 pm
Wanita maut, motosikal dirempuh dari belakang
January 22, 2025, 2:42 pm
Bekas pengarah agensi kerajaan ditahan SPRM, terima rasuah RM110,000
January 22, 2025, 2:34 pm