Berita Berita
Spring Festival Gala 2025 dianjurkan Kedutaan China, UM hanya sedia lokasi sambutan
KUALA LUMPUR, 22 Jan - Acara sambutan Tahun Baharu Cina yang dinamakan sebagai Spring Festival Gala 2025 bukan di bawah penganjuran Universiti Malaya (UM), sebaliknya ia dianjurkan Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.
UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan universiti berkenaan hanya menjadi lokasi acara sambutan itu diadakan.
“Lanjutan daripada perkara ini, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara berkenaan, UM telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.
“Selaku universiti awam yang tertua di negara ini, UM sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti universiti,” menurut kenyataan itu, yang dikeluarkan bagi menjelaskan isu yang timbul semasa festival berkenaan.
Pada masa sama, UM memaklumkan turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar.- Media Telus
Berita berkaitan
January 22, 2025, 11:39 am
(VIDEO) Vivy, Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
January 22, 2025, 11:31 am
LLM jangka 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina
January 22, 2025, 10:36 am
Lelaki 19 tahun meninggal dunia terjatuh dari tingkat 12 di Kajang
January 22, 2025, 9:50 am
'Saya juga melalui neraka itu' - Anwar pertahan keputusan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib
January 22, 2025, 9:49 am
Malaysia belum ada keperluan mendesak untuk guna tenaga nuklear - PM
January 22, 2025, 9:30 am
AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - Anwar
January 22, 2025, 9:12 am
Polis tahan pasangan kekasih bunuh, sumbat bayi dalam beg di Port Diskson
January 22, 2025, 8:41 am
Tol percuma tak selesai masalah kesesakan pun - Ahmad Zahid
January 22, 2025, 8:29 am