Berita Berita
Tol percuma tak selesai masalah kesesakan pun - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pemberian tol percuma di lebuh raya yang mempunyai tol setiap kali musim perayaan tidak membantu menyelesaikan isu kesesakan.
Susulan itu, katanya, rakyat sendiri perlu mengubah gelagat dan merancang perjalanan terutama setiap kali musim perayaan bagi megelak kesesakan.
“Ketika ini, jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol adalah sekitar RM35 juta sehari.
“Walaupun ianya tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung, tetapi konsesi itu terpaksa dipanjangkan.
“Malah, ini (pemberian tol percuma) tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 2024, di sini hari ini.
Katanya, keputusan untuk tidak lagi meneruskan pemberian tol percuma itu adalah keputusan Jumlah Menteri berdasarkan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ahmad Zahid berkata, beliau berharap rakyat dapat menjadualkan dan menyesuaikan sendiri perjalanan ketika pulang ke kampung dan kembali ke rumah masing-masing.
“Kita mesti menukar pemikiran daripada memperolehi diskaun ataupun diberikan tol percuma itu sebagai hadiah.
“Tetapi apabila tidak ada hadiah, kita mesti menukar cara kita berkenderaan (merancang) apabila tiba musim-musim perayaan,” katanya.
Sebelum ini, Alexander dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini.
Berita berkaitan
January 22, 2025, 11:39 am
(VIDEO) Vivy, Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
January 22, 2025, 11:31 am
LLM jangka 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina
January 22, 2025, 10:36 am
Lelaki 19 tahun meninggal dunia terjatuh dari tingkat 12 di Kajang
January 22, 2025, 9:50 am
'Saya juga melalui neraka itu' - Anwar pertahan keputusan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib
January 22, 2025, 9:49 am
Malaysia belum ada keperluan mendesak untuk guna tenaga nuklear - PM
January 22, 2025, 9:30 am
AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - Anwar
January 22, 2025, 9:28 am
Spring Festival Gala 2025 dianjurkan Kedutaan China, UM hanya sedia lokasi sambutan
January 22, 2025, 9:12 am
Polis tahan pasangan kekasih bunuh, sumbat bayi dalam beg di Port Diskson
January 22, 2025, 8:29 am