Berita Santai
Festival raya terbesar Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya kembali berlangsung selama 66 jam
KUALA LUMPUR 21 JAN – Festival Raya ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR), bakal kembali untuk tahun keempat dengan pelbagai tarikan baharu dan skala penganjuran lebih besar.
Acara ini akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti, bermula pada 21 Mac (12.00 tengah hari) hingga 24 Mac (6.00 pagi) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Festival yang dianjurkan oleh My Events International dan Absolut Events & Management ini telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia.
Sepanjang tiga tahun penganjurannya, ABxFGR telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan hasil jualan mencecah RM42.1 juta, kehadiran 5.1 juta pengunjung, serta penglibatan lebih daripada 3,000 usahawan dan 600 jenama tempatan.
Pada tahun 2024, festival ini berjaya menarik perhatian pengunjung dari selatan Malaysia dan Singapura apabila dianjurkan buat pertama kalinya di luar kawasan Lembah Klang, iaitu di Persada Johor, Johor Bahru. Tahun 2024 juga diiktiraf sebagai pencapaian terbaik dalam sejarah penganjuran festival ini.
Untuk edisi 2025, penganjur menambah sebuah lagi dewan pameran bagi menampung permintaan yang meningkat. Sebanyak 700 tapak reruai telah habis ditempah, dengan sasaran mencatat hasil keuntungan sebanyak RM25 juta dan kehadiran seramai dua juta pengunjung.
Pengunjung festival ini juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Mini Absolut FoodFest yang menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur daripada lebih 50 vendor makanan, aktiviti interaktif seperti Money Chamber dan jualan Happy Hour, serta persembahan selebriti terkenal tanah air sepanjang acara berlangsung.
Sebagai tanda sokongan kepada masyarakat, penganjur turut melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyalurkan sebahagian daripada hasil keuntungan kepada mangsa banjir, ibu tunggal, dan anak-anak yatim bagi membantu mereka membuat persediaan Aidilfitri.
Dalam masa yang sama, penganjur juga bercadang untuk memperluaskan penganjuran festival ini ke utara Malaysia dan Borneo pada masa hadapan bagi memenuhi permintaan masyarakat di kawasan tersebut.
Orang ramai diseru untuk mengikuti akaun media sosial rasmi ABxFGR bagi mendapatkan maklumat terkini dan kejutan menarik yang bakal diumumkan menjelang acara ini.
ABxFGR 2025 dijangka menjadi festival raya paling dinanti-nantikan, menawarkan pengalaman membeli-belah, berbuka puasa, dan bersahur yang lengkap kepada para pengunjung. - Media Telus
Berita berkaitan
January 22, 2025, 10:42 am
Jakel umum 10 duta untuk kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025
December 27, 2024, 11:47 am
Jangan ambil ringan dengan sakit gusi
November 6, 2024, 10:27 am
Hejira mahu ramai anak muda tunaikan umrah, pakej harga mampu
October 5, 2024, 6:18 pm
HAUS Cosmetics syarikat pertama bumiputera terima pengiktirafan di dunia dari Switzerland
October 3, 2024, 10:28 am
Program tahunan "I Eat Nasi Lemak" kembali
October 1, 2024, 3:37 pm
Kamal Haasan, AR Rahman bakal hadiri resepsi perkahwinan anak lelaki DMY 12 Oktober ini
September 19, 2024, 3:09 pm
Festival Nasi Kandaq 2.0 kembali di Sunway Putra Mall
August 14, 2024, 1:25 pm
Nutrisi Tanpa Kompromi: Terokai Smart Umami Wheels Bersama Generasi Baharu
June 25, 2024, 11:23 am