Berita Sukan
Harimau Malaya dapat peruntukan tambahan RM15 juta, dibiaya syarikat swasta
KUALA LUMPUR 12 Jan - Peruntukan RM15 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak digandakan kepada RM30 juta, yang mana RM15 juta lagi akan dibiayai oleh pihak swasta.
Perkembangan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menjelaskan peruntukan berkenaan akan digunakan bagi meningkatkan program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama supaya lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.
Beliau berkata, dana itu juga akan dimanfaatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi yang mana ia memerlukan perubahan total dari setiap sudut bagi memastikan pemain kebangsaan mendapat sokongan yang berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.
"Usaha juga akan ditumpukan kepada mewujudkan lebih ramai pemain pelapis Harimau Malaya dengan memberikan pendedahan meluas kepada skuad bawah 23 tahun negara dan ini secara tidak langsung membolehkan pasukan utama sentiasa dilengkapi dengan pemain berpengalaman," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Harimau Malaya ketika ini sedang melalui proses revolusi dengan beberapa 'pakar' sudah dilantik termasuk ketua jurulatih baharu Peter Cklamovski, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Robert Douglas Friend dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Dr Craig Duncan.
Selain ikhtiar yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI dan FAM, Anwar juga berharap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail akan terus memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas baginda dalam industri bola sepak.
"Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa adalah aset yang tidak ternilai yang dapat digunakan untuk menolong Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya.
"Saya berharap rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan Harimau Malaya termasuk pasukan pengurusan dalam mengangkat nama Malaysia ke peringat tertinggi dan setanding nama besar bola sepak antarabangsa," katanya.
Berita berkaitan
January 24, 2025, 10:05 am
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
January 18, 2025, 12:25 pm
Kerjasama mantap pastikan kemenangan besar JDT ke atas TFC
January 13, 2025, 12:33 pm
Peruntukan RM30 juta tingkat motivasi Harimau Malaya
January 10, 2025, 12:15 pm
Pemain pertahanan JDT terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ACL
January 7, 2025, 5:15 pm
Bumbung bocor, aksi Terbuka Malaysia di Axiata Arena terganggu
January 3, 2025, 3:12 pm
Masa depan Azizulhasni bersama pasukan kebangsaan masih samar
December 30, 2024, 11:20 am
Atlet silambam harum nama Malaysia, bawa pulang 12 emas, juara keseluruhan kejohanan Asia
December 24, 2024, 12:07 pm
FAM gantung keahlian KAFA berkuat kuasa serta-merta
December 20, 2024, 11:54 am