Berita Berita
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
KLUANG 9 Jan – `Perang mulut’ dikatakan menjadi punca pergaduhan dua kumpulan dalam kejadian di sebuah kedai mamak di bandar ini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, pihaknya memberkas 13 lelaki berusia 17 hingga 54 tahun bagi membantu siasatan.
“Mereka ditahan pada pukul 11.15 malam di tiga lokasi di daerah ini. Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perang mulut antara mereka sejak dua hari lalu sebelum saling mencabar untuk datang ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bahrin berkata, semakan mendapati lima daripada suspek mempunyai rekod kes dadah dan jenayah. Mereka direman selama empat hari sehingga 12 Januari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm