TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Titah Adendum Najib: Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah sulit, tidak akan didedahkan kepada rakyat

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 9 Jan - Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang juga ahli Lembaga Pengampunan, Dr Zaliha Mustafa, menegaskan minit mesyuarat itu adalah sulit. 

"Minit mesyuarat (Lembaga Pengampunan) adalah perkara sulit. Jadi kita tak boleh buat perkara (dedah butiran kepada umum) itu.

"Itu hanya hak Lembaga Pengampuran," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan Titah Adendum.

Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Selain itu, katanya, ia juga sebagai langkah bagi memastikan ketelusan dan menghalang sebarang manipulasi proses untuk kepentingan politik.

Ditanya adakah butiran itu akan didedahkan kepada umum selepas ini, Dr Zaliha sekali lagi menegaskan tidak.

+ - reset