Berita Berita
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
KUCHING 9 Jan - Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik taman asuhan kanak-kanak di bandar raya ini dan dua penjaga premis itu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz, berkata ketiga-tiganya kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan pada 7 malam tadi.
"Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan daripada ibu bayi terbabit pada 9.30 malam Selasa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan. – BERNAMA
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm