Berita Berita
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
KUALA LUMPUR 9 Jan - Keputusan siapa yang layak menerima subsidi RON95 akan ditentukan selepas kerajaan melaksanakan pendekatan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih menggantikan pengkelasan B40, M40 dan T20 sedia ada.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata cadangan peralihan pengkelasan yang akan dibuat kepada berasaskan pendapatan boleh guna bersih sedang dalam pertimbangan kerajaan dan keputusan akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Justeru, katanya, kerajaan sedang melalui proses dalaman membabitkan peralihan itu sebagai sebahagian daripada pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95.
"Dari sudut pandangan asas dan perspektif Kementerian Ekonomi, seawal 2023, kami telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mengubah pengkelasan B40, M40 dan T20. Justeru, keputusan rasmi perlu dibuat.
"Ini kerana sejak Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), kita telah guna pengkelasan ini. Jika kita dapat memuktamadkan persetujuan kerajaan untuk mengubahnya, ia membolehkan kita melaksanakan langkah seterusnya iaitu mengenalpasti penerima yang dibentuk daripada 85 peratus isi rumah yang layak menerima subsidi RON95," katanya kepada media di luar Forum Ekonomi Malaysia (FEM) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan akan membuat dua pengumuman besar membabitkan penyasaran subsidi RON95.
"Pertama, dari segi kelayakan dan kedua, mekanisme ia akan dilaksanakan. Namun, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan (MoF) perlu membawanya ke Kabinet untuk meluluskan.
"Apabila mendapat 'lampu hijau' Kabinet, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memaklumkan kepada umum secepat mungkin.
"Memandangkan garis masa adalah beberapa bulan lagi (pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95), beberapa pengumuman perlu dibuat secara progresif," katanya.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm