Berita Berita
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
GEORGETOWN 9 Jan. - Penduduk kawasan Lebuh Sungai Pinang, di sini, digemparkan dengan penemuan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan buatan sendiri yang diletakkan pada sebuah basikal yang diikat di sebatang pokok di tepi jalan, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohammad, berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.50 pagi. Bertindak atas maklumat tersebut, Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan siasatan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dikerahkan ke lokasi.
Menurutnya, UPB berjaya menyahaktifkan objek tersebut pada jam 11.50 pagi. Hasil analisis awal mendapati objek itu diperbuat daripada bahan tidak berbahaya seperti kertas, wayar, dan simen, serta tidak mengandungi sebarang bahan letupan.
"Kawasan kejadian telah disahkan selamat dan dibuka semula kepada orang awam pada jam 12.15 tengah hari. Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kejadian ini kerana ia boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Lebuh Sungai Pinang merupakan kawasan perumahan yang terdiri daripada rumah flat, pangsapuri, deretan rumah kedai, medan selera, dan sebuah masjid. Kejadian ini menjadi tumpuan penduduk sekitar yang khuatir dengan keselamatan kawasan mereka. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm